Doodle Men'doodle'



Seni doodle semakin berkembang dan digemari ramai. Ada pelbagai gaya dan pelbagai motif contengan. Malah seni doodle kini menjadi suatu seni yang boleh menjana pendapatan. Ketika mula melibatkan diri dalam bidang kartun dulu, kartunis Dedak adalah orang yang sering mengingatkan saya supaya perbanyakkan berlatih mendapatkan stroke sendiri melalui contengan-contengan di atas kertas. Kartunis-kartunis terkenal juga banyak berlatih melalui contengan.

Latihan begini bagus supaya kita sentiasa melukis semua benda yang kita lihat dan kita lemah tentangnya. Kita mungkin mudah melukis suasana kampung yang penuh dengan pokok-pokok tetapi kita lemah melukis gambar kenderaan, haiwan dan bangunan. Berlatih melaui doodle atau contengan inilah caranya. Sambil menconteng kita merujuk kepada gambar foto atau objek sebenar. Dari situ kita dapat mengingat objek-objek yang kita lukis dan langsung memudahkan kita melukisnya di lain kali.



Berlatih menconteng juga mencepatkan kita mendapat stroke sendiri. Pembaca dan peminat kartun akan mudah mengingati stroke seseorang kartunis kerana identiti lukisan dapat dibezakan dengan kartunis lain. Lebih menguntungkan lagi sekiranya seseorang kartunis itu dapat mencipta lebih dari satu stroke lukisan melalui teknik latihan ini. 

Comments