Sisa Dakwat Pada Berus Lukisan



Tiga hari hujan dan mendung tanpa henti. Seperti hari-hari biasa saya akan terperuk di dalam studio menyiapkan kerja-kerja. Bezanya cuaca sedikit sejuk pada musim hujan ini. Nyamuk pula akan segera masuk kerana menyangka waktu subuh atau waktu maghrib sudah tiba. Ops! Stok ubat nyamuk saya hampir kehabisan.

Baik, lupakan celoteh spontan saya tadi. Tujuan saya menulis posting ini, hanya sekadar untuk berkongsi tip mudah tentang penjagaan berus lukisan. Terutama berus lukisan jenis lembut, biasanya diperbuat dari bulu haiwan seperti kuda, tupai, musang danlain-lain. Tip  ini juga mungkin terpakai untuk berus berbulu nylon.

Berus lukisan berbulu haiwan biasanya mahal. Seharusnya kita menjaganya dengan baik. Ia akan bertahan lebih lama dan berbaloi-balai kita membelinya. Jika berus digunakan untuk melukis kartun biasanya sisa dakwat akan melekat dan menebal di bahagian pangkal bulu dan besi yang memegangnya. Jika mengalami situasi ini, basuhkan sahaja berus dengan air paip biasa pada suhu biasa. Basuhlah dengan menggunakan sabun mandi. Dakwat atau warna yang melekat akan mudah ditanggalkan.

Jangan basug berus menggunakan air panas kerana ia akan merosakkan berus. Jangan gunakan shampu. Kedua-dua bahan ini akan menyebabkan bulu berus mengembang. Satu lagi tip jika berus lukisan mempunyai sisa warna acrylic yang membeku, rendam atau basuh sebentar berus tadi dengan rubbing alcohol. Acrylic akan tertanggal dari berus lukisan. Selamat mencuba.

Comments