1998 - 2018 Dua Dekad Dalam Industri




Bismillah.
Kembali berblogging. Setelah blog lilysitiaisyah saya delete beberapa tahun lepas, di penghujung tahun ini saya berazam mahu berblogging semula. Menyusun semula strategi setelah industri penerbitan dimusnahkan oleh sistem cukai yang bernama GST. Pun begitu industri penerbitan tetap berjalan dalam suasana yang amat perlahan. Bisnes model yang biasa banyak terpaksa diubah mengikut keadaan semasa. Majalah tutup, syarikat penerbitan tutup, syarikat pengedaran tutup menjadi perkara biasa di masa sekarang.

Namun saya tetap mengharapkan yang terbaik di tahun hadapan. Tahun ke dua puluh saya dalam industri penerbitan dan kartun. Banyak pengalaman dikutip sepanjang 20 tahun. Banyak impian yang belum terlaksana. Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memulihkan semula industri.

Comments