Bengkel Melukis Kartun Di Port Dickson




Bertarikh 28 November 2017, saya dan kartunis Kobis Bunga telah dijemput oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk satu sesi bengkel melukis kartun di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini khusus untuk guru-guru tadika islam seluruh Negeri Sembilan. Seramai 50 orang peserta telah hadir dalam bengkel tersebut. Sesi berlangsung selama dua jam setengah.





Bengkel ini diadakan bertujuan menunjuk cara melukis kartun sebagai alat bantu mengajar kepada para guru. Pelbagai teknik melukis kartun telah tunjukkan oleh kartunis Kobis Bunga dan saya bertindak sebagai tukang lukis di papan putih. Saya juga telah berkongsi pengalaman melukis ilustrasi kanak-kanak seperti yang saya lukis di dalam majalah Tik-Tok, majalah pra-sekolah anak-anak Malaysia. Mudah-mudahan dengan penyampaian ilmu melukis kartun ini, para guru tadika islam tidak lagi sukar untuk melukiskan watak-watak kartun sebagai alat bantuan mengajar mereka.


Pada penghujung sesi, acara tiru kartun telah diadakan. Hadiah berupa satu set majalah Tik-Tok telah diberikan kepada pemenang. Tidak disangka ramai guru-guru tadika islam ini menyimpan bakat yang besar. Acara bengkel ditutup dengan sesi autograf dan bergambar.


Kobis Bunga sedang menyampaikan ilmu-ilmu melukis kartun.


Cikgu Mat selaku orang kuat yang menganjurkan kursus untuk guru-guru tadika islam turut mendengar sesi bengkel dengan teliti.

Sesi yang berjalan secara santai menggalakkan para peserta bertanya soalan.

Kobis Bunga turut bercerita berkaitan industri kartun dan penerbitan.


Hasil peniruan dalam acara tiru kartun.


Kobis Bunga menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Seorang lagi guru mengambil bahagian dalam acara tiru kartun.

Guru ini juga mendapat hadiah yang disampaikan Oleh kartunis Kelinci. Bagaimapun gambar tidak sempat dirakam.

Bagi yang berminat menjemput kami mengadakan bengkel kartun, bolehlah berhubung dengan kami melalui email:  razali.rashad@gmail.com

Comments