Di Duniaku Sendiri



Assalamualaikum! 
Hahaha! Konon-konon nak ber-blogging sejak awal tahun lepas, rupanya lain yang jadi! Peristiwa huru-hara 'langkah Sheraton' kemudian disusuli kemasukan virus covid-19 ke dalam negara buat saya serabut. Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020 lebih menyesakkan nafas. Semalam (25 Januari) genaplah setahun virus covid-19 masuk menyelinap ke Malaysia. 2020 tahun yang tidak menunjukkan sebarang sinar. Tahun yang tak boleh buat apa-apa. Melangkah masuk ke tahun 2021 keadaan semakin memburuk. Hanya doa yang mampu kita panjatkan ke hadrat Allah swt, mudah-mudahan kita tidak dijangkiti dan virus ini segera lenyap dari muka bumi. 

   Biarpun keadaan masih serabut dan menyesakkan, saya ada terfikir juga beberapa idea yang mungkin boleh saya buat dalam tahun 2021 ini. Tahun-tahun yang serba sulit ini mungkin tidak menjanjikan kejayaan besar. Mencipta kejayaan-kejayaan kecil pun sudah memadai. Perkara yang perlu difikirkan sekarang adalah survival. Tidak perlu bercerita lagi tentang industri kerana apa saja industri pada waktu sekarang ini semuanya sedang menjunam. Apa yang penting kita perlu kekal tenang supaya kita dapat fokus pada apa yang mahu kita lakukan.

Comments