Hijrah



Ia sebuah impian. Impian mahu berhijrah. Membina kehidupan baru di tempat lain. Mungkin ke Jepun, mungkin ke Amerika, mungkin ke London atau ke Australia. Atau mungkin kembali semula ke Kajang. Ah! Tidak. Jika kembali semula ke Kajang tidak banyak yang berubah. Masih lagi terpaksa menggunakan matawang ringgit, RM4.04 bersamaan satu dolar. Begitu juga dengan dengan suasana industri. Terpaksa menghadap suasana yang sama. Semakin hari semakin mengecut.

Namun apa yang boleh dilakukan lagi? Terpaksa juga berpijak pada realiti. Duit dalam tabung pun digegar tak berapa nak berbunyi. Usah mimpi hendak ke Aussie. Tak mungkin lepas walau ke Karachi. Bersabarlah wahai diri. Buat masa sekarang, hijrahkanlah mindamu dahulu. Buat suatu anjakan paradigma. Itu yang lebih utama sekarang ini.

Comments