Dari Kartun Ke Karikatur



Tahun 2016 merupakan tahun yang agak sibuk bagi saya. Ia tahun yang mencabar. Tahun yang paling banyak saya melukis untuk sebuah majalah pra-sekolah, Majalah Tik-Tok. Seronok merancang dan melaksanakan. Di penghujung progres saya keletihan dan hampir pancit. Mujur juga ada beberapa tenaga ilustrator yang membantu menyempurnakan. Apa yang dirancang berjaya tetapi takdir menentukan ia tidak dapat diteruskan kerana kesan ekonomi semasa.

Tahun 2017 saya sedikit rileks. Tidak lagi terkejar-kejar memenuhi jadual progres penerbitan. Malah job penerbitan juga seperti hampir pupus. Berapa banyak majalah yang sudah ditamatkan penerbitannya kerana masalah ekonomi. Kos penerbitan, cetakan dan pengedaran meningkat. Kuasa beli rakyat semakin berkurang. Siapa yang mahu beli majalah dikala harga barangan meningkat naik? Lebih baiklah digunakan wang itu untuk survival seharian. Beli barang makan. Perlahan-lahan saya beralih dari melukis kartun majalah kepada melukis karikatur.

Sengaja bersusah payah menggunakan medium acrylic.


Kerja yang mengambil masa. Puas hati juga dapat menyiapkannya.

Comments