Majalah Fuyyoo! Digital



Sekitar penghujung tahun 2015 yang lalu saya (Kartunis Kelinci) dan kartunis Kobis Bunga telah membantu rakan penerbit kami Encik Zainol Abdin Aziz @ Ongkoyz mengemaskini persembanhan majalah Fuyyoo. Ia juga bagi menerbitkan kembali majalah Fuyyoo yang beberapa bulan terhenti keluarannya pada waktu itu.

Keadaan begitu sukar kerana kesan dari perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kos kertas dan cetakan telah meningkat sehingga 200%. Ini semua bagi mengelakkan kos-kos tersembunyi yang terpaksa ditanggung oleh pengimport kertas dan kilang pencetak. Sebagai penerbit kecil tidak mampu rasanya kami menanggung kos penerbitan yang tinggi.

Sebagai alternatif, kami usahakan menerbitkan majalah Fuyyoo secara digital. Pada mulanya ia boleh dibeli secara sistem sms. Bagimanapun sistem itu nampaknya tidak berjaya. Kini tuan puan yang berminat membeli majalah Fuyyoo naskah digital ini boleh berurusan terus dengan saya melalui email: kelincistudio@gmail.com

Comments