Suka Bereksperimen!



Saya memang suka bereksperimen dalam karya. Baik dari segi medium, teknik, gendre, stroke atau sudut pandang. Ketika mula-mula terlibat dalam dunia kartun di Majalah Lanun, karya saya banyak berkisar tentang mesej dakwah dalam loose cartoon (kartun semuka). Ketika di Majalah Ujang, saya banyak melukis ilustrasi. Ketika di Majalah G3, tumpuan saya lebih kepada karya loose bermesej ringan dan lawak semata. Saya cepat bosan sekiranya hanya melakukan perkara yang sama.

Comments