SELAMAT TAHUN BARU 2018



Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru 2018. Selesailah sudah kita menjalani kehidupan sepanjang 2017. Segala pengalaman pahit manis, masin masam, tawar hambar, mudah-mudahan menjadi pengajaran untuk meneruskan hari-hari mendatang. Mudah-mudahan kehidupan kita di tahun baru akan lebih bahagia dan ceria.

Bertambah tahun, bertambahlah umur. Benar. Apa pun, anggaplah ia sekadar nombor. Paling penting semangat kita sentiasa muda dan bertenaga mencapai apa yang dicita!


     SELAMAT TAHUN BARU 2018 UNTUK KITA SEMUA

Comments