Jangan Pernah Berhenti Belajar




Berkarya tidak semudah memasak mee segera. Medium yang digunakan mungkin sama setiap kali melukis. Tetapi pelbagai ragam dan kerenah berlainan terpaksa dihadapi. Semuanya perlukan KESABARAN. Tanpa sabar, karya selalunya akan berakhir dalam bakul sampah.





Waktu berkarya adalah waktu untuk bersendiri. Waktu yang jangan diganggu dengan perkara-perkara lain. Secara idealistiknya memang begitu. Secara realistiknya selagi kita hidup selagi itu pelbagai perkara berkisar kehidupan akan mendekati kita. Perlu kita tempuhi juga dengan sabar dan perancangan yang sebaiknya.




Paling penting jangan berhenti untuk belajar. Selagi kita belajar selagi itulah kita sentiasa mendapat ilmu-ilmu baru. Kita mungkin melukis subjek yang sama tetapi kita mendapat ilmu yang berbeza kerana kita sentiasa belajar dari teknik dan sudut fikir berlainan.

Comments