Aku Dan Animasi



Jam sudah lebih kurang 2.00 pagi. Hari ini seharian saya study tentang beberapa perkara. Pembukaan tahun baru yang penuh keterujaan. Saya study sedikit tentang animasi. Dulu pernah jugalah saya terlibat dengan animasi. Hanya terhad di bahagian pre-production sahaja. Untuk masuk kebahagian production saya macam tak berani. Dalam hati ada sedikit keyakinan saya boleh buat. Tapi bila betul-betul mahu buat, hancur berkecai jadinya. Pengajarannya, rasa yakin sahaja tidak cukup. Perlu betul-betul pergi kepada praktikal.

Hari ini saya belajar sedikit demi sedikit. Cuba-cuba juga belajar tentang cording yang memeningkan. Malu pula rasanya hendak sebut 'belajar'. Sebenarnya tengok-tengok sahaja. Macam cuba membaca surat khabar cina. Rasanya dulu hendak usik cording html di blogger ini tidaklah susah sangat. Cording yang terbaru ini susah sedikit hendak faham. Jika dulu, tahu jugalah di mana hendak diselitkan cording  gambar, saiz dan beberapa perkara lain. Sekarang, harammm!

Saya sudah rasa mengantuk. InsyaAllah, kita sambung besok.

Comments