Fix It!



Dari mana seseorang kartunis mendapa idea? Soalan yang tidak pernah lekang dari ditanya kepada kartunis sejak sekian lama. Tidak ada suatu jawapan khusus untuk soalan itu. Idea boleh datang dari pelbagai sumber dan pelbagai cara. Setiap kartunis boleh jadi berbeza cara mereka mendapatkan idea. Paling ketara pula adalah bagaimana seseorang kartunis itu mengolah idea yang diperolehi. Ini kerja kreatif dan yang hendak dihasilkan juga adalah karya kreatif. Maka teknik yang kreatif dalam mengolah karya juga akan menentukan hasilnya.

Idea boleh datang dari mana-mana sahaja. Ia mungkin dari perbualan kita seharian. Ia mungkin dari filem yang kita tonton. Ia mungkin dari telatah orang lain yang kita lihat. Ia mungkin kisah hidup insan lain yang pernah kita dengar. Idea yang kita dapat akan diolah secara kreatif. Idea asal mungkin biasa-biasa sahaja. Setelah diolah ia menjadi idea yang kelakar, tidak disangka-sangka atau penuh muslihat hingga pembaca boleh terkena.

Latih diri untuk mencari idea. Biasakannya. Apabila sudah biasa mudah sahaja sesuatu idea ditemukan. Jangan biasakan mencari idea di saat-saat akhir menghampiri deadline. Situasi yang panik pasti akan menghalang kita mendapatkan idea. Sentiasalah membawa buku catatan atau buku sketch kemana-mana. Catatkan atau lukiskan idea yang kita rasa istimewa. Olahan boleh dibuat kemudian. Sentiasa meletakkan diri dalam keadaan yang tenang dan santai. Ia banyak membantu mendapatkan idea.

Comments