Kerja Berpasukan



Agak kepenatan sepanjang minggu lepas. Ada perancangan yang perlu dilaksanakan, ada masalah yang timbul dan ada yang perlu diuruskan sehingga selesai. Berkerja secara berpasukan cabarannya lain, tidak sama dengan berkerja secara berseorangan. 'Jika mahu pantas bergeraklah berseorangan, jika mahu jauh bergeraklah secara berpasukan.' Itu kata Puan Guru Ainon Mohd.

Menariknya apabila berkerja dalam pasukan, setiap orang membawa kekuatan masing-masing. Mereka menyumbangkan kekuatan-kekuatan mereka kepada pasukan. Sehingga pasukan itu menjadi kuat. Malah kita mungkin dapat berkenalan dengan muka-muka baru yang kemudiannya menjalin networking.

Apabila rajin bersosial kita akan dapat peluang-peluang baru. Mudah-mudahan juga kita dapat membina kejayaan-kejayaan baru. InsyaAllah. Pengajarannya, menjadi artis atau kartunis jangan selalu terperuk di studio.

Comments