Bismillah.. Kembali Ber-blogging!


Hari ini 16 Februari 2020. Saya kembali ber-blogging setelah setahun lebih tidak menulis di blog. Ironinya penulisan akhir saya sebelum ini (setelah saya merujuk bagi mengambil mood menulis) saya bercerita tentang baru kebah dari demam. Dan di saat ini juga, saya memang baru pulih dari demam. Ada sikit-sikit lagi sakit kepala.

Rindu sebenarnya nak menulis di blog ini. Tetapi masa dan kesibukan tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Setahun lebih menghilang tentu banyak yang hendak dicoretkan. Mudah-mudahan saya diberikan kekuatan untuk bercerita, berlipurlara.

Tidak ada yang menarik untuk entri kali ini. Sekadar memberi tahu saya mahu kembali aktif berbloging pada zaman yang orang sudah kurang berblogging. Apa khabar pula dunia penerbitan buku dan majalah di Malaysia? Masih ramaikah pembaca dan masih ramaikah pembeli? InsyaAllah saya ngomel di entri yang akan datang. Terima kasih kerana bertandang di blog saya.

Comments